Sunday, September 26, 2010

himpunan kisah Suami dan Isteri - untuk teladan..

Salam Hari Raya.. maaf zahir batin emmm dah lama benar tak update blog.. nak kata sibuk tak jugak, tapi ... nak kata apa ya... ? Yang pasti menulis tidak semudah kata-kata, ia adalah tulus ikhlas terus dari kalbu...

Raya kali ni macam biasa cuma bertambah lagi ahli baru, si Amalin budak kecik kiut yang bertuah! Mana tidaknya dari kecik sampai sekarang susah benar nak tidur! Oh ya tulis-punya tulis .. tak sentuh pun pasal topik tadi... haa ni nak sentuh sikit .. kenapa aku nak tulis ttg bab ni??? sebab kadang-kadang bila terbaca di internet nampak sangat kaum lelaki ni banyak buat silap (betul ke?) adakah si isteri ni perfect sangat? Kadang - kadang dua-dua silap tapi tak nak mengaku taku jatuh martabat.. kalu martabak tak per gak ...

Dari kaca mata aku yang kecil ini kadang kala ada yang bahagian isteri yang terlepas pandang.. dan terus menghentam atau menyalahkan suami... adakah itu isteriku??... ( maaf tiada kene mengene dengan sesiapapun , baik hidup, mati, hilang, ghaib dan sebagainya)

10 Perkara Sensitif Suami dan Isteri

1. Kuasa Mengurus/ Ketua Keluarga

Kita hormat BOS TEMPAT KERJA kita, jumpa kita senyum kena marah kita angguk (diam tak menjawab) bahkan kadangkala terang terangan BOS kita buat silap dan keputusan yang dibuat TAK ADIL pulak .. tapi apa kita buat??... diam tak membantah.. mungkin jika ada pun kita dengan TERTIBNYA dan AYAT YANG BERLAPIK.. menegur BOS kita... bimbang teguran tadi MENGGURIS perasaan BOS.

Tetapi kita Tak SEDAR

BOS di rumah adalah suami kita, Suami mempunyai kuasa VETO ( Walaupun sebahagian besar daripada suami dunia moden hari ini jarang GUNA KUASA VETO) sebab apa?.. maleh nak panjang-panjang cerita.. ISTERI kadangkala menegur secara melulu (kadang-kadang depan anak atau maid .. cuba perasan... ada tak... tak ade baguih !) ISTERI dengan alasan PENAT berkerja... marah - marah .. walhal perkara yang kita marah itu sebesar bulu hidung kucing! Cuba BOS kita menegur kita.. apa jawapan kita.. adakah kita menjawab? atau dengar dan taat ?? Pendek kata sunyi sepilah buat sementara waktu...

Berapa ramaikah wanita yang bergelar ISTERI pada masa kini boleh sabar dan mentaati SUAMI?? Jangan hairan 1400 tahun dulu ... Nabi dah cakap.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W

    “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

    (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

2) Hidup yang sentiasa BERSYUKUR dan REDHA.
Hampir semua kaum HAWA sangat mencintai RUMAH / BILIK yang bersih tidak ketinggalan juga ramai kaum ADAM juga mencintai kebersihan. ISTERI boleh bergaduh hanya kerana kes tak tutup penutup ubat gigi, pinggan mangkuk tak dicuci (maid tak de la ni) , kasut balik keje tak disusun, kunci kereta letak bukan pada tempat cth di atas tv atau meja solek (bukan letak merata sampai tak jumpa!) , spender merata-rata , baju tak sangkut, kain tuala berlonggok... YANG INI kaum lelaki kena terima MEMANG SALAH ...

Tetapi ISTERI TAK SEDAR..

Suami anda kadangkala amat mengambil berat kebersihan tetapi dizahirkan pada KERETA/ MOTORSIKAL DSB, dan SUAMI biasanya amat mengambil berat keadaan ENJIN KERETA atau hobi nya yang lain, cuba ISTERI cemarkan kereta dengan buang kulit cokelat dalam kereta pastinya anda akan ditegur oleh suami tetapi percayalah LETERAN itu tidak SEPANJANG anda menegur suami yang hanya TERLUPA sangkut baju. Jika menyangkut baju adalah kerja remeh seperti membasuh kereta, apa macam kita suruh ISTERI pula yang membasuh kereta?

P/S : - Bang oi kita bukan nak tidur dalam kereta!! Kita nak tidur dalam bilik so bilik kena selalu kemas..... habis tu kita jalan kaki ke ke pejabat? Balik Kg? Keluar jalan-jalan?

    isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

    “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)


3) Jangan MEMBANDINGKAN SUAMI /ISTERI kita dengan SUAMI / ISTERI Orang Lain